Tahanan lari Pusat Koreksional Jasin belum diberkas

Tahanan lari Pusat Koreksional Jasin belum diberkas

PUSAT Koreksional Jasin, Lipat Kajang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Tahanan lelaki yang meloloskan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang di sini Selalu lalu belum diberkas dan masih diburu pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, polis di seluruh negara turut membantu mengesan suspek, Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 43, yang merupakan tahanan kes samun.

POLIS memburu Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang, Melaka.

Beliau berkata, usaha menjejaki diperluaskan selepas Kontinjen Melaka belum mendapat sebarang petunjuk berhubung lokasi persembunyiannya.

“Sejak malam semalam, usaha menjejaki suspek telah diperluaskan melibatkan kerjasama dengan ibu pejabat polis daerah (IPD) di seluruh negara. Ini kerana kita telah memeriksa semua tempat di sini yang berkemungkinan menjadi lokasi persembunyian suspek, namun masih belum menemuinya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis mengesahkan kesahihan maklumat yang tular dalam media sosial berkenaan seorang tahanan lelaki meloloskan diri dari Pusat Koreksional Jasin.

Mohammad Roshaidi sedang diburu setelah didapati hilang oleh warden kira-kira pukul 2.20 petang.

Suspek merupakan tahanan kes samun dan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan berkenaan.

Suspek melarikan diri dengan memakai baju banduan berwarna hijau serta berselipar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN