Ronaldo masih ada peluang sertai Portugal – Martinez

Ronaldo masih ada peluang sertai Portugal – Martinez

CRISTIANO RONALDO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Cristiano Ronaldo ma­sih berpeluang mewakili Portugal selepas ketua jurulatih baharu, Roberto Martinez membuka pintu buat pemenang Ballon d’Or lima kali itu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan.

Ronaldo berpindah ke Al Nassr selepas Piala Dunia ketika tempoh sukar buat pemain berumur 37 tahun apabila dia dilepaskan oleh Manchester United dan kemudian digugurkan oleh Fernando Santos semasa kempen Portugal di Qatar.

Kini di Arab Saudi, nasib Ronaldo yang kini memiliki 196 penampilan pentas antarabangsa masih samar, sama ada tugas bersama Portugal akan berakhir atau tidak pada permulaan era baharu di bawah kendalian Martinez.

Bagaimanapun, bercakap pada majlis pengenalannya sebagai pengendali Portugal, bekas bos Belgium itu mengesahkan dia akan bercakap dengan Ronaldo, dan pemain lain, sebelum membuat keputusan mengenai skuad.

“Keputusan perlu dibuat di atas padang. Saya tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan. Saya mahu bertemu semua orang, dan mulai hari ini saya mahu bercakap dan bertemu semua pemain.

“Cristiano adalah sebahagian daripada senarai itu. Dia sudah 19 tahun dalam pasukan kebangsaan dan patut dihormati, mari kita bincang. Dari situ, terpulang kepada saya untuk membuat senarai terbaik untuk Kejohanan Eropah.

“Esok kami akan mula be­kerja untuk bertemu semua pemain, dan Ronaldo adalah salah seorang daripada mereka.

“Kami akan memulakan proses bola sepak untuk cuba mengenali semua pemain yang akan dapat menyertai pasukan ini. Kami akan memberi peluang kepada semua pemain dan menghormati semua yang sudah berada dalam pasukan.

“Saya gembira kerana mereka berada di sisi saya. Ia satu proses yang perlu kami hadapi secara semula jadi, bertanggungjawab, dan kami akan membuat keputusan penting untuk pasukan,” kata Martinez.

Portugal memulakan kempen kelayakan mereka untuk Euro 2024 pada Mac ini menentang Liechtenstein dan Luxembourg. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.