PETALING JAYA: Sikap pihak berkuasa yang melihat teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara dengan sebelah mata menjadi punca utama kesilapan sama berulang setiap tahun. Sikap itu membawa kepada kegagalan melakukan siasatan lanjut dan seterusnya mengambil tindakan terhadap dalang terlibat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh lagi mengambil mudah terhadap setiap…










