Murid tahun empat sebak terima bantuan persekolahan

Murid tahun empat sebak terima bantuan persekolahan

DR. Abdullah Sudin Ab. Rahman (empat dari kiri) semasa menyampaikan sumbangan beg sekolah pada porgram ‘Back 2 School’ di Dewan Sri Tunjung, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang murid tahun empat dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kuau, Rantau Panjang dekat sini tidak dapat menahan sebak apabila namanya dipanggil untuk menerima bantuan berupa barangan persekolah dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) har ini.

Mana tidaknya, Nor Fazana Izati Zakaria, 10, merupakan salah seorang daripada 400 penerima selepas rumahnya di tenggelami banjir pada Disember lalu sekaligus menyebabkan semua peralatan sekolah gagal diselamatkan.

Nor Fazana Izati berkata, banjir tersebut turut menyebabkan barangan persekolah milik kakaknya turut rosak selepas gagal diselamatkan akibat air naik terlalu cepat.

“Biasanya, setiap kali banjir, emak (Kiruzan Abdullah, 42) membuat persiapan awal dengan menyimpan peralatan dokumen penting dan kelengkapan sekolah di tempat selamat.

“Namun kali ini, air naik mendadak menyaksikan rumah saya ditenggelami banjir sehingga nampak bumbung sahaja. Kata ibu, air di luar kawasan rumah saya sedalam 0.5 meter,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘Back 2 School’ di Dewan Sri Tunjung, di sini hari ini.

Nor Fazana Izati memberitahu, keadaan itu menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa berlindung selama lima hari di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Rantau Panjang.

Katanya, dia berterima kasih kepada pihak berkenaan tang sudi menyampaikan beg sekolah dan wang tunai RM100.

Seorang lagi, Muhammad Akil Rafael Mohd Uzir, 9, berkata, rumahnya turut ditenggelami air dan menyebabkan pakaian sekolah turut rosak.

Katanya, dia gembira apabila ada pihak yang sudi memberi sumbangan dan bantuan tersebut akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sementara itu, Presiden Haluan Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman berkata, bantuan persekolahan berupa beg dan juga wang tunai tersebut melibatkan penerima dari Tumpat, Pasir Mas, dan Rantau Panjang melibatkan 36 buah sekolah rendah serta menengah.

Katanya, Haluan berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

“Sebanyak RM70,000 dibelanjakan untuk meringankan beban pelajar yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu. Semua ini adalah hasil sumbangan orang ramai termasuk Yayasan Hasanah sebanyak RM50,000,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya