Lori gula terbabas, pemandu dan kelindan positif dadah - Utusan Malaysia

Lori gula terbabas, pemandu dan kelindan positif dadah

LORI treler muatan gula terbabas dan terbalik di Kilometer 43, Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur berdekatan Bentong, Pahang. - FOTO /IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pemandu dan kelindan lori treler dikesan positif dadah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 43, Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi hari ini, lori treler yang menghantar gula ke Triang, Bera dipercayai mengalami masalah brek semasa menuruni bukit lalu hilang kawalan dan melanggar penghadang besi jalan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pemandu dan kelindan yang berusia 32 dan 39 tahun itu cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan bahu kanan.

“Hasil saringan air kencing, kedua-duanya didapati positif dadah jenis methamphetamine dan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kemalangan lori treler berkenaan juga akan disiasat di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham selanjutnya meminta pengguna jalan raya yang melihat kejadian itu supaya tampil dapat membantu siasatan polis trafik selanjutnya.

Beliau berkata, kes kemalangan melibatkan kenderaan berat merupakan keenam berlaku antara Kilometer 40 hingga 45 di Lebuhraya Karak – Kuala Lumpur sejak awal bulan ini.

“Pengguna jalan raya diminta berhati-hati dan berhemah ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal, manakala semua kenderaan berat perlu diselenggarakan dengan sempuna dan selamat ketika pemanduan di jalan raya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya