Lelaki sakit mental maut dibelasah pelajar tahfiz

Lelaki sakit mental maut dibelasah pelajar tahfiz

TRAK polis membawa mayat mangsa untuk bedah siasat di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental maut apabila dibelasah beberapa pelajar tahfiz selepas mengamuk di pekarangan sebuah masjid di Pulau Melaka di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku, selepas mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dikatakan secara tiba-tiba memukul seorang wanita yang berada di kawasan masjid tersebut.

Saksi kejadian, Tuan Hasrol Tuan Hassan, 42, berkata, mangsa pada awalnya dilihat menunaikan solat asar seorang diri di masjid itu sebelum dia tiba-tiba mengamuk dan keluar dari kawasan tersebut.

Menurutnya, lelaki itu dilihat terus meluru ke arah seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang merupakan tukang masak di sebuah asrama berhampiran masjid berkenaan.

“Wanita itu sedang menolak motosikalnya di pekarangan masjid untuk pulang ke rumah. Lelaki tersebut dilihat bertindak memukul wanita itu yang kemudiannya sempat melarikan diri ke dalam masjid.

“Beberapa pelajar tahfiz yang menyedari kejadian itu terus memberi bantuan kepada wanita terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini sebentar tadi.

Tuan Hasrol, bagaimanapun memberitahu, mangsa dipercayai tidak sedarkan diri apabila dipukul beberapa pelajar tahfiz sebelum pihak pengurusan masjid menghubungi pihak polis.

Katanya, difahamkan, lelaki terbabit sudah mengamuk di sebuah madrasah Kedai Lalat di sini ketika jemaah sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor petang tadi.

Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.