Kerani maut, motosikal bertembung treler

Kerani maut, motosikal bertembung treler

MAYAT kerani yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum bertembung sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang kerani maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum bertembung sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Lai Chen Meng,41, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, sebuah treler jenis Volvo dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun sedang dalam perjalanan dari sebuah kilang di sini menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor. 

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai masuk ke laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan motosikal Chen Meng  bertembung dengan treler tersebut. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suzaimi memberitahu, siasatan lanjut mendapati, nahas berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal motosikal ditunggangnya sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.