TSUNAMI politik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan Pas menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen di Kelantan dijangka berterusan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Andaian itu nampak berasas apabila Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bermati-matian menafikan parti tersebut tidak bekerjasama akhirnya melanggar ‘sumpah’ berkenaan dengan membentuk gabungan selepas PRU15 menerusi Kerajaan Perpaduan. Keputusan itu dilihat memberi kelebihan buat Pas untuk terus kekal meneraju pentadbiran Kelantan pada penggal akan datang. Mengukuhkan lagi kedudukan Pas apabila parti itu menyapu bersih semua 14…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya