PETALING JAYA: Pekebun kecil industri getah kerugian kira-kira RM100 juta setiap tahun sejak larangan pengeksportan kayu getah ke luar negara bagi tujuan pembuatan perabot dikuatkuasakan dan eksploitasi oleh pemain industri perabot tempatan. Ketua Biro Penerangan, Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Amran Jaafar ketika mendedahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia berkata, kerugian itu berdasarkan kepada trend penurunan harga kayu getah semasa. Menurut beliau, setiap tahun pokok getah yang ditanam semula…