PETALING JAYA: Tiada yang lebih indah daripada mendapat tiupan semangat daripada bekas juara, Datuk Lee Chong Wei kepada sandaran utama negara dalam perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dalam usaha untuk menamatkan penantian lima tahun negara menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia. Ia pembakar semangat buat Jaguh Asia itu untuk mengharungi kejohanan pertama tahun ini selepas edisi lalu, Zii Jia menerima tamparan tersingkir seawal pusingan kedua di tangan pemain Indonesia, Shesar Hiren…