Bomba terbangkan ibu mengandung terperangkap banjir - Utusan Malaysia

Bomba terbangkan ibu mengandung terperangkap banjir

JBPM menerbangkan Mustika Lakano yang mengandung 16 minggu dan mengalami pendarahan dari Kampung Orang Asli Sungai Peroh ke HEBHK, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat penerbangan ihsan dengan membawa seorang wanita mengandung 16 minggu yang mengalami pendarahan di Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kahang ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini petang tadi.

Pemangku Pengarah JBPM negeri ini, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd. Rizal Buang berkata, Unit Udara dari Pangkalan Udara JBPM Wilayah Tengah, Subang itu membawa Mustika Lakano, 41, pada pukul 1 petang.

“Helikopter jenis August AW139 yang diketuai oleh Penguasa Bomba Mohd. Faridullahamin Mohd. Noh dibantu lima kru penerbangan dan dua pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan menyertai operasi itu.

“Ini merupakan operasi khidmat khas untuk menyelamatkan ibu mengandung berkenaan yang terperangkap banjir berjaya dilaksanakan dan ditamatkan pada pukul 2.35 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, operasi khidmat khas kedua juga dilakukan melibatkan operasi menghantar bekalan makanan kepada penduduk Kampung Peta di Mersing yang telah terputus hubungan akibat jalan utama dinaiki air. 

Dalam operasi tersebut, bekalan makanan seberat 700 kilogram sumbangan Pengurusan Bencana Daerah Mersing dibawa untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung berkenaan.

“Operasi telah ditamatkan pada pukul 5.54 petang tadi. JBPM Johor dengan bantuan Unit Udara JBPM sentiasa komited melaksanakan operasi-operasi khidmat khas melibatkan pesawat daripada Unit Udara JBPM.

Selain itu, pihak bomba akan membawa dua pesakit dari Kampung Orang Asli Puncur di sini dengan menggunakan helikopter ke HEBHK esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya