6 kawasan `panas’ kemalangan di Selangor  - Utusan Malaysia

6 kawasan `panas’ kemalangan di Selangor 

Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur dijangka akan sesak mulai Jumaat ini sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gombak: Kira-kira 171,000 kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina mulai Jumaat ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, peningkatan itu sebanyak 71 peratus berbanding purata penggunaan harian sekitar 100,000 kenderaan.

“Justeru, pengguna dinasihatkan untuk mengikut jadual waktu perjalanan mengikut konsesi masing-masing bagi mengelakkan kesesakan,” kata beliau  pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat-19 Tahun Baru Cina Kontinjen Selangor di Plaza Tol Gombak di sini hari ini,

Menurut beliau, polis menerusi Op Selamat-19 akan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.

Kata Sasikala, pihaknya juga mengenal pasti enam kawasan `panas’  di sekitar Selangor yang sering berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya.

“Kawasan yang dikenal pasti ialah Sabak Bernam, Klang Selatan, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Ampang.

“Fokus penguatkuasaan akan diberikan kepada enam kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat serta menggunakan alat komunikasi semasa memandu,” jelasnya.

Kata beliau, bagi Op Selamat Tahun Baru Cina pada tahun lalu merekodkan 2,810 kemalangan di seluruh Selangor.

“Daripada jumlah itu, 21 daripadanya adalah kemalangan maut membabitkan 21 kematian. Jadi kita menyeru pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan,”katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.