Tangisan sayu waris mangsa tanah runtuh selubungi malam di

Tangisan sayu waris mangsa tanah runtuh selubungi malam di Hospital Sungai Buloh

AHLI keluarga mangsa tanah runtuh melakukan upacara keagamaan di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh sebelum dihantar ke tempat pengebumian di sini semalam. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tangisan sayu waris mangsa tanah runtuh Batang Kali-Genting Highlands menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh malam tadi.

Ia bukan tangisan yang biasa, bukan seperti tangisan kanak-kanak, ia tangisan yang penuh dengan kesedihan, gundah dan hiba. 

Walaupun tidak dapat mengenal pasti siapa yang menangis, waris mangsa dikelilingi oleh sukarelawan ketika itu.

Difahamkan, waris itu merupakan salah seorang ahli keluarga kepada 10 mangsa yang dijangka dibawa keluar dari hospital esok.

Setakat 10 malam, sebanyak 14 mangsa telah dituntut oleh waris masing-masing setelah selesai proses pengecaman dan bedah siasat sebelum dibawa untuk proses persemadian dan pengebumian.

Hanya enam identiti mangsa yang meninggal dunia telah dikenal pasti termasuk pekerja kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Nurul Azwani Kamarulzaman.

Sembilan lagi mangsa masih hilang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN