Tamatkan kemelut politik, fokus isu rakyat - Fahmi - Utusan Malaysia

Tamatkan kemelut politik, fokus isu rakyat – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi titik noktah kepada kemelut politik dan semua ahli parlimen kini perlu fokus  dalam usaha membantu rakyat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata demikian dalam sidang media di parlimen, hari ini.

“Kejayaan usul yang dibawa Timbalan Perdana Menteri, usul sokongan hari ini adalah satu kemenangan kepada rakyat, bukan hanya menjadi titik noktah kepada kemelut politik yang telah berlaku sekian lama tetapi ia adalah penutup kepada apa yang telah kita saksikan pada 19 November lalu iaitu pada pertama kali menyaksikan Parlimen tergantung.

“Bagi saya, tidak ada dakwa-dakwi majoriti. Jelas Perdana Menteri ada sokongan 148 ahli parlimen. Sekarang fokus kerajaan adalah menguruskan masalah rakyat, kos sara hidup, masalah yang dihadapi di negeri yang menghadapi banjir.

“Maka di antara menteri-menteri, ada yang telah menggerakkan aset kerajaan seperti tentera, bomba menambahkan aset tersebut di tempat memerlukan,” kata beliau.

Terdahulu,  Anwar melepasi ‘ujian pertama’ apabila usul undi percaya terhadap Perdana Menteri disokong sebulat suara.

Persetujuan itu selepas ia dibahaskan 12 ahli parlimen termasuk di peringkat kerajaan dan pembangkang.

Usul tersebut adalah permintaan Perdana Menteri bagi menguji keabsahan sekali gus menutup spekulasi pihak lain yang menyatakan Anwar tidak mendapat sokongan ahli parlimen untuk memegang jawatan berkenaan.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN