Suami maut, isteri cedera kereta rempuh pokok, papan tanda - Utusan Malaysia

Suami maut, isteri cedera kereta rempuh pokok, papan tanda

KEADAAN kemalangan yang menyebabkan seorang lelaki maut manakala isterinya cedera dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Bahau-Rompin, Jempol, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok serta papan tanda dalam nahas di di Kilometer 3, Jalan Bahau-Rompin, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa, Loke Kok Leong, 55,  beralamat di Kemayan, Pahang, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut sumber, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Nissan Almera bersama seorang penumpang iaitu isterinya dari arah Rompin menuju ke Kemayan.

“Setiba di tempat kejadian iaitu semasa meneruni kawasan bukit, mangsa dipercayai telah gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke kanan jalan iaitu arah bertentangan dan kemudian telah merempuh sebatang pokok serta melanggar papan tanda. 

“Akibat daripada kemalangan itu, pemandu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala, penumpang hadapan iaitu wanita berusia 52 tahun dikejarkan ke hospital susulan mengalami kecederaan patah pada bahagian bahu sebelah kanan,” katanya hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.30 petang bagi membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit nahas.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.