SPR, polis kena siasat kenyataan MB Kedah - Utusan Malaysia

SPR, polis kena siasat kenyataan MB Kedah

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang meluahkan kekecewaan terhadap pengundi Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa meminta duit kerana pulang mengundi menimbulkan persoalan sama ada PN menghalalkan pemberian ganjaran untuk meraih undi.

Susulan pendedahan itu, Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mahu polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat budaya politik wang untuk mendapatkan undi.

“Muhammad Sanusi memberi bayangan pengundi PN pada PRU15 lalu diberi ganjaran atas undi mereka sebagai dana pulang mengundi dan dikhuatiri berulang dalam PRK Padang Serai.

“Saya percaya kenyataan Sanusi ini sangat bahaya dan wajar disiasat polis dan SPR kerana saya risaukan politik wang menjadi-jadi.

“Ia seakan-akan dihalalkan dengan syarat beri undi sedangkan kita tahu ia wang sogokan untuk pengundi memilih satu-satu parti. Saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan siasat Sanusi,” katanya menerusi sebuah video yang dikirimkan kepada media. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN