Sidang DUN Perlis: Kutipan hasil cukai tanah penting untuk kemajuan negeri

Sidang DUN Perlis: Kutipan hasil cukai tanah penting untuk kemajuan negeri

MOHD Shukri Ramli (kanan) menjawab pertanyaan pemberita selepas penangguhan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kutipan hasil cukai tanah amat penting dalam memastikan aspek pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara berkesan pada masa hadapan.

Kebanyakan rakyat perlu diberi kesedaran tentang kepentingan kutipan hasil cukai tanah dan keperluan mereka untuk menunaikan pembayaran tunggakan berkenaan.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan menggerakkan jentera untuk memastikan rakyat menyedari dan memahami tanggungjawab membuat pembayaran tunggakan tersebut.

“Kita akan cuba untuk meningkatkan semaksima mungkin kutipan tunggakan cukai tanah namun kerajaan negeri tidak ada meletakkan sebarang sasaran khusus,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di sini hari ini.

September lalu, Utusan Malaysia melaporkan mengenai kerugian terpaksa ditanggung kerajaan negeri sehingga mencecah RM5.79 juta dalam tempoh 10 tahun berikutan tindakan segelintir rakyat negeri ini yang culas membayar tunggakan cukai tanah.

Jumlah kerugian tersebut direkodkan dari tahun 2012 sehingga 2022 membabitkan 17,217 hak milik dengan kawasan seluas 47,962 hektar.

Mengulas mengenai isu kebersihan di negeri ini, Mohd Shukri berkata, masalah tersebut sering berlaku di perairan Perlis melibatkan kawasan sungai dan laut disebabkan tindakan segelintir pihak yang membuang sampah sesuka hati.

“Kita juga minta agar peniaga-peniaga di pasar malam dan pasar tani agar dapat mengumpulkan sampah mereka di dalam plastik bagi memudahkan kerja-kerja kutipan selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kali ini, Mohd Shukri berkata, proses perbahasan oleh wakil rakyat berjalan lancar dan tersusun tanpa melibatkan sebarang pertindihan.

Malah, beliau berkata, isu-isu yang dibangkitkan oleh semua wakil rakyat juga amat baik walaupun ada di antara mereka masih baharu.

“Barisan Exco juga kebanyakkan cepat belajar dan menguasai portfolio masing-masing yang telah diamanahkan kepada mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya