RichWorks agih RM50,000 minyak percuma di Lembah Klang, esok

RichWorks agih RM50,000 minyak percuma di Lembah Klang, esok

PENGUMUMAN istimewa itu akan dibuat oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerusi laman Facebook miliknya, Azizan Osman Official.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) akan mengagihkan minyak bernilai RM50,000 secara percuma kepada orang ramai, esok.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd. berkata, jenis minyak dan lokasi terlibat bakal diumumkan pada pukul 2.30 petang, hari sama.

Katanya, pengumuman istimewa itu akan dibuat oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerusi laman Facebook miliknya, Azizan Osman Official.

“Kita terpanggil untuk mengagihkan minyak bagi meringankan beban orang ramai ketika ini.

“Inisiatif ini selari dengan matlamat RichWorks dalam melahirkan ramai usahawan dan jutawan yang menyumbang semula kepada masyarakat serta negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azizan kini berada di Atlanta, Amerika Syarikat bersama 41 usahawan jutawan RichWorks yang mengikuti Inner Circle Meeting Titanium Premier dari 7 hingga 10 Disember ini.

Sejak 2008, RichWorks dengan bimbingan Azizan melatih lebih satu juta usahawan dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Sementara itu, Radz berkata, kerjasama dan sokongan semua pihak dituntut bagi membantu lebih ramai peniaga dan usahawan di negara ini untuk berjaya.

“Apabila lebih ramai usahawan berjaya, maka mereka dapat kembali menyumbang melalui pembayaran cukai, menunaikan zakat malah mencipta peluang pekerjaan baharu.

“Kami faham dengan cabaran dihadapi ramai dengan peningkatan kos sara hidup yang dijangka lebih mencabar pada tahun depan, namun tidak mustahil untuk harungi dengan gemilang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya