PRU15: Calon Pejuang sebak mengundi di sekolah lama

PRU15: Calon Pejuang sebak mengundi di sekolah lama

HAMZAH Abd. Rahman selepas selesai mengundi pada PRU15 Parlimen Padang Serai di SK Bukit Selarong, Kulim. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG SERAI: Perasaan sebak menyelubungi  calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Padang Serai, Hamzah Abd. Rahman hingga beliau terpaksa berhenti bercakap dengan pemberita sewaktu hadir mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selarong di sini. 

Menurutnya, rasa hiba itu hadir memandangkan beliau membuang undi di lokasi yang pernah menjadi tempat dirinya menuntut ilmu sewaktu bersekolah rendah di situ.

“Saya merasa sedih dan sebak kerana di sini segalanya bermula buat saya. Di sini saya mula menuntut ilmu dari darjah satu hingga enam dan kini saya menawarkan diri untuk berkhidmat buat rakyat di Parlimen ini. 

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan proses pengundian kelihatan teratur dan cuaca pun baik. Semuanya nampak positif bagi saya,” katanya. 

Terdahulu beliau yang lengkap berbaju Melayu dan bertanjak tiba di lokasi tersebut pada pukul 8.20 pagi untuk mengundi. 

Mengulas mengenai perjalanan kempennya selama ini, Hamzah berkata, beliau telah melakukan segalanya dengan memberikan penerangan sebaik mungkin kepada pengundi dalam kawasan Parlimen itu. 

“Sebelum ini kami telah berkempen untuk tempoh 13 hari dan selepas kematian salah seorang calon bertanding, pilihan raya ini di sini ditangguhkan menyebabkan tempoh berkempen dipanjangkan lagi. 

“Dalam tempoh itu saya betul-betul turun bertemu pengundi. Walaupun calon Pejuang sebelum ini semuanya kalah dan hilang deposit, namun saya tetap positif di sini,” katanya. 

Menurutnya, beliau menerangkan kepada pengundi betapa Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menaburkan jasa yang cukup banyak kepada negara ini dan tidak sepatutnya tewas hingga hilang deposit di Langkawi baru-baru ini. 

“Maka kalau kesiankan negarawan itu, tunjukkanlah di sini. Lagi pun, cuma saya bersama seorang lagi calon Bebas saja yang merupakan anak tempatan di sini,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.