Polis panggil Abdul Hadi rakam keterangan petang ini 

Polis panggil Abdul Hadi rakam keterangan petang ini 

hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis dipercayai memanggil Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang petang ini bagi memberi keterangan susulan beberapa laporan yang dibuat terhadapnya sebelum ini.

Menurut pembantu Abdul Hadi seperti dilaporkan Free Malaysia Today (FMT), Ahli Parlimen Marang itu akan berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pukul 3 petang untuk dirakam keterangannya.

Abdul Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa, selain turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu ‘tidak bermoral’. 

Abdul Hadi menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil ‘tiba-tiba memberi masa tambahan’ bagi memberi peluang kepada pasukan kalah ‘untuk menang dengan apa cara sekalipun’. 

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulis dalam Harakah, ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. 

Sementara itu, Ketua Komunikasi PKR Ampang, Syafiq Zulkifli semalam menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara. 

“Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Abdul Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur. 

“Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya