Penunggang motosikal maut selepas rempuh kereta Viva

Penunggang motosikal maut selepas rempuh kereta Viva

KEADAAN motosikal yang ditunggang mangsa kemalangan maut di Kilometer 17, Jalan Melawi-Kuala Besut, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membelok masuk ke simpang di Kilometer 17, Jalan Melawi – Kuala Besut berhampiran simpang tiga Perahu Tok Bali di sini malam tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Jalan Kuala Besut ke Melawi.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan dipercayai membelok ke kanan untuk memasuki simpang ke Pasir Puteh.

“Insiden itu menyebabkan mangsa merempuh bahagian sisi kiri kereta berkenaan sebelum berpusing dan melanggar sebuah kren yang berada di tepi simpang Pasir Puteh ke Kuala Besut.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, pemandu kereta tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Jafri Ismail di talian 019-938 6224 untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya