Pasangan kekasih ditahan disyaki terlibat kes pecah sekolah

Pasangan kekasih ditahan disyaki terlibat kes pecah sekolah, pejabat dan surau

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan pasangan kekasih yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk sekolah, pejabat dan surau di bandar raya ini, di sini, semalam.

Suspek lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama kekasihnya berusia 25 tahun dicekup kira-kira pukul 7.30 malam di sekitar kawasan Bandar Baru Permas Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh guru sekolah agama di kawasan Taman Mount Austin, di sini pada awal bulan ini yang mendakwa sekolah itu dipecah masuk.

“Dua suspek itu ditahan bersama beberapa barang rampasan iaitu enam beg galas pelbagai jenama, LCD projektor, tujuh kad ATM, empat telefon bimbit, empat jam tangan, spanar, pemutar skru dan gunting.

“Penahanan pasangan kekasih ini berjaya menyelesaikan 10 kes jenayah yang lain melibatkan kes pecah surau, kes pecah sekolah tadika, kes pecah pejabat dan kes samun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raub berkata, hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala suspek wanita mempunyai satu rekod kes dadah.

“Polis sedang mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya