Nor Fuad Datuk Bandar Shah Alam ke 10

Nor Fuad Datuk Bandar Shah Alam ke-10

NOR Fuad (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Haris.-UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam baharu berkuat kuasa 1 Disember.

Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” katanya.

Demikian ucapan ringkas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi akaun Facebooknya.

Untuk rekod, Nor Fuad pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memegang jawatan berkenaan sejak 14 Jun 2021. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya