Menggilap kaca menjadi permata

Menggilap kaca menjadi permata

SHAHARUDDIN ABU SOHOT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 20 Julai 2004 Parlimen menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi membincangkan kes jenayah yang semakin meningkat, banduan makin bertambah dan kesesakan di penjara. Daripada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, maka dicadangkan pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sebagai alternatif kepada pemenjaraan dengan membuat pindaan ke atas seksyen 2 dan seksyen 293 Akta Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Pada 18 Julai 2006, pindaan tersebut diluluskan dan pada awal Oktober 2006 Parlimen te­lah meletakkan tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program berkenaan di bawah Ja­batan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pindaan Akta 593 ini dikuatkuasa mulai 1 Januari 2007.

PKM merupakan hukuman alternatif kepada pemenjaraan atau ‘hukuman bukan tahanan’ non-custodial dimana pesalah diarah untuk melakukan apa-apa kerja atau perkhidmatan untuk kebaikan masyarakat secara amnya.

PUNCA KUASA

PKM adalah perintah yang boleh dikenakan ke atas pesalah muda berumur 18 tahun atau lebih dan dibawah umur 21 tahun di bawah subperanggan 293(1)(e)(i), Akta 593. Pelaksanaannya juga diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 10 tahun dan di bawah umur 18 tahun melalui seksyen 91(1)(da) dan 97A dan pesalah dewasa dibawah seksyen 31, 32 dan 33, Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) [Akta 611].

Tempoh pelaksanaan PKM terhadap pesalah muda adalah tidak melebihi 240 jam agregat mengikut subperanggan 293(1)(e)(i), Akta 593. Manakala bagi Kanak-Kanak tidak melebihi 120 jam agregat pula dalam tempoh tidak melebihi enam bulan mengikut seksyen 97A. Bagi pesalah dewasa, tempoh tidak kurang 36 jam dan tidak melebihi 240 jam dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dibawah seksyen 31, 32 dan 33 Akta 611.​

Tiga ELEMEN UTAMA

Menurut Ketua Pengarah JKM, Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, tiga eleman utama PKM ialah hukuman, pemulihan dan penginsafan. Matlamatnya mencegah pesalah PKM daripada mengulangi kesalahan jenayah lalu (residivisme) dan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat.

“Dibawah elemen hukuman ia membabitkan program keceriaan yang melibatkan aktiviti pembersihan, pemuliharaan kawasan dan keceriaan landskap, pembaikan kecil di institusi JKM dan di kawasan awam dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Semua aktiviti ini tidak melibat­kan bayaran atau upah sekaligus memberi peluang dan ruang kepada pelatih untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, dibawah elemen pemulihan, penekanan diberikan berkaitan hubungan pelatih dengan ibu bapa/penjaga dan peningkatan jati diri.
Katanya, Program Perkasa Keluarga telah dilaksanakan dengan meng­gunakan Edisi Khas Modul Perkasa Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN).

Ini bertujuan mewujudkan persefahaman dan komunikasi yang berkesan untuk ibu bapa dengan pelatih. Bagi tahun 2020 hingga tahun 2022 sebanyak 33 program meli­batkan 887 penyertaan pelatih PKM.

Dalam aspek pening­katan jati diri pula pihak JKM telah men­jalankan kerjasama dengan pasukan beruniform dalam mening­katkan disiplin dan jati diri pelatih PKM.

Kerjasama ini direalisasikan melalui pelaksanaan Program PKM Beret iaitu mengikuti latihan bersama pasukan beruniform.

Setelah mengikuti latihan, pelatih yang berkelayakan akan diterima masuk sebagai sukarelawan pasukan berkenaan. Pada tahun 2022 melalui kerjasama bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), seramai 215 orang pelatih PKM telah menjalani latihan dan daripada jumlah tersebut seramai 71 orang pelatih PKM (Pesalah Muda) diterima sebagai sukarelawan APM.

Di bawah elemen penginsafan, penekanan diberikan berkaitan aspek kerohanian melalui kolaboratif strategik di antara JKM dan Jabatan Kema­juan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Negeri.

Pada tahun 2022, sebanyak 16 Program Ilmu dan Bakti telah dilaksanakan dengan penglibatan 226 orang pelatih PKM.

Selain itu pelatih PKM juga dibantu dalam proses pengintegrasian semula dalam masyarakat selepas tamat PKM melalui Program Skill & Career@CSO.

Antara program yang dilak­sanakan adalah melalui kerjasama dengan pihak GiatMara, Kolej Komuniti dan agensi swasta yang bersesuaian.

Bagi Januari hingga Oktober 2022 sebanyak 128 program telah dilaksanakan dengan penyertaan 1,805 pelatih PKM dan 208 ibu bapa dan penjaga melibatkan Program Keceriaan Institusi JKM, Program Khidmat Bakti, Program Ilmu dan Bakti, Program Taujihat, Program Perkasa Keluarga, Kem PKM Junior, Kem PKM, PKM Beret, Program Kemahiran Insaniah dan Program Skill & [email protected]UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN