MAIPk terima zakat RM3 juta dari empat syarikat korporat

MAIPk terima zakat RM3 juta dari empat syarikat korporat

MUJIBURRAHMAN Abd. Rashid membaca akad penyerahan zakat perniagaan dan pendapatan  BSN berjumlah RM2.31 juta untuk MAIPk di hadapan Sultan Nazrin di Istana Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini. - IHSAN MAIPk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menerima serahan bayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2.98 juta daripada empat syarikat korporat.

Baginda menerima serahan bayaran zakat itu untuk  diberi kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

MAIPk dalam kenyataannya menjelaskan, penyerahan itu didahului dengan bayaran zakat berjumlah RM2.31 juta daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Perniagaannya, Mujiburrahman Abd Rashid.

Ia diikuti oleh Affin Islamic Bank Berhad diwakili Pengerusinya, Musa Abdul Malek dengan jumlah zakat perniagaan RM325,000.

Seterusnya, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dengan jumlah RM227,872 yang diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Mohd. Rosli Basri.

Akhir sekali ialah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dengan jumlah RM124,249 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Nor Azman Zainal.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Zainuddin; Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini; Anggota MAIPk, Profesor Datuk Dr. Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya