Lima korban banjir di Kelantan setakat ini

Lima korban banjir di Kelantan setakat ini

MUHAMAD Zaki Harun (dua kanan) melihat sebahagian barangan bantuan kepada mangsa banjir yang disampaikan pihak Econsave dan ATP Foods Malaysia di IPK Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir yang melanda negeri ini bermula 18 Disember lalu menyaksikan lima nyawa menjadi korban akibat lemas.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tersebut tiga melibatkan Tumpat dan selebihnya di Pasir Mas.

Menurutnya, bagaimanapun kejadian melibatkan mangsa berusia 18 tahun di Tendong, Pasir Mas semalam bukan disebabkan oleh banjir.

“Hal ini kerana, mangsa ke kawasan tadahan air itu untuk memancing, pada masa yang sama dia berusaha menyelamatkan sepupunya yang lemas. Bagaimanapun dia yang menjadi mangsa. 

“Apapun kita nasihatkan supaya orang ramai yang kediaman mereka digenangi air,  supaya terus berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan kotak makanan yang disampaikan oleh pihak Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. dan ATP Foods Malaysia untuk diedarkan kepada mangsa banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporkan berkait kes kecurian berlaku semasa mangsa banjir meninggalkan kawasan rumah mereka untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, Polis Kelantan sentiasa melakukan rondaan dan mengawasi kediaman yang ditinggalkan oleh penduduk sepanjang musim banjir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya