Banjir di Kelantan makin serius

Banjir di Kelantan makin serius

SEORANG penduduk mengayuh perahu untuk mematau banjir yang melanda kawasan di Rantau Panjang, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini dilihat semakin serius apabila jumlah mangsa bertambah kepada kepada 3,938 orang berbanding 3,570 setakat pukul 8 malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 8 pagi ini sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa dari 1,223 keluarga di tiga buah daerah.

Menurutnya, daerah Pasir Mas merupakan kawasan yang paling teruk terjejas ketika ini apabila 3,670 mangsa dari 1,1150 keluarga berlindung di 11 PPS.

“Di Tanah Merah pula seramai 176 mangsa masih berlindung di tiga PPS. Daerah Kuala Krai pula setakat ini seramai 92 mangsa banjir masih berlindung di tiga PPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi bacaan paras bahaya iaitu 10.39 meter walaupun trend menurun.

Bagaimanapun, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) berapada pada bacaan berjaga-jaga.

Lain-lain sungai utama di negeri ini berada pada tahap normal.

Dalam perkembangan lain, enam laluan di kawasan ini terpaksa ditutup kepada kenderaan selepas ditenggelami banjir sejak semalam.

Lima daripada enam laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.

Antara laluan yang yang ditutup kepada semua kenderaan ialah jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (berhampiran Masjid Padang Licin), Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh (berhampiran padang bola), jalan Banggol Kulim (pintu Kastam 2), jalan Bunga Raya (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan jalan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah di Kampung Kubang Rambutan pula hanya ditutup kepada kenderaan ringan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya