Kerajaan negeri sedia lebih 50 lori tangki bantu mangsa banjir

Kerajaan negeri sedia lebih 50 lori tangki bantu mangsa banjir

ABD. Rahman Yunus (tengah) menyampaikan bantuan disumbangkan oleh sebuah pasaraya kepada mangsa-mangsa banjir di Tunjung, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyediakan lebih 50 buah lori tangki milik Air Kelantan Sdn. Bhd bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negeri ini mendapat bekalan air untuk kegunaan harian termasuk kerja-kerja pembersihan rumah.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Abd. Rahman Yunus berkata, lori tangki air tersebut akan digerakkan mengikut permintaan daripada penduduk terlibat.

“Mangsa-mangsa banjir yang berdepan masalah bekalan air cuma perlu buat panggilan dan kita akan hantar lori tangki air sama ada ke rumah-rumah atau untuk mengisi air dalam tangki-tangki statik di Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat.

“Saya rasa tiada masalah untuk menggerakkan kemudahan bantuan bekalan air tersebut pada musim banjir,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Bantuan Banjir 2022 di Tunjong, di sini hari ini.

Abd. Rahman memberitahu, lori tangki tersebut dijamin berfungsi dan boleh digunakan untuk menghantar bekalan air kepada mangsa-mangsa banjir.

Dalam pada itu, Abd. Rahman yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) yang turun membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini termasuk Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) Malaysia.

“Terima kasih juga kepada NGO-NGO dalam negeri ini yang turut menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sama ada turun padang sendiri atau melalui pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan-kawasan terlibat dalam bencana banjir,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya