Juruteknik maut kereta rempuh belakang treler

Juruteknik maut kereta rempuh belakang treler

KEMALANGAN maut membabitkan seorang juruteknik selepas kereta Perodua Axia dipandunya merempuh belakang treler di Jalan Inai, Taman Ria Jaya di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang juruteknik maut selepas kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang treler di Jalan Inai, Taman Ria Jaya berdekatan Flat Paya Nahu, di sini tengah malam tadi.

Mangsa, Lim Peng Choon, 28, maut di lokasi kejadian selepas alami kecederaan serius pada kepala selepas dikatakan tidak dapat mengawal kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandunya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Mangsa dari arah Kelab Cinta Sayang menghala ke Jalan Bakar Sampah dipercayai memandu laju dan gagal mengawal kenderaannya di selekoh berdekatan sebelum merempuh bahagian belakang treler yang diparkir di bahu jalan.

“Impak kemalangan menyebabkan mangsa yang merupakan juruteknik kamera litar tertutup (CCTV) meninggal dunia serta merta akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.

Katanya, kereta mangsa rosak teruk di bahagian hadapan sebelah kiri manakala kerosakan kecil dikesan pada bahagian belakang treler dan semasa kejadian pemandu treler berada di rumahnya di Flat Paya Nahu.

“Kita meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668.

“Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya