Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat 934 orang

Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat 934 orang

ANGGOTA APM membantu memindahkan barang kepunyaan mangsa banjir Kampung Kuala Semantan ke PPS Balai Raya Kampung Ria di Raub, Pahang. - UTUSAN /IHSAN APM RAUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 934 orang daripada 235 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dan Raub sehingga pukul 8 pagi hari ini.

Jumlah tersebut meningkat berbanding 865 orang daripada 218 buah keluarga yang dipindahkan ke 11 PPS di dua daerah itu pukul 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 867 orang daripada 212 keluarga di lapan PPS di daerah ini. 

“Daripada jumlah itu, 226 mangsa daripada 50 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah dan 125 mangsa daripada 35 keluarga lagi di PPS SK Sungai Karang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Che Adam, selain itu, PPS SK Sungai Ular menempatkan 41 mangsa daripada 10 keluarga, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung 190 mangsa daripada 48 keluarga, PPS SK Pelindung (66 mangsa daripada 16 keluarga) dan PPS SK Cherating (161 mangsa daripada 39 keluarga.

“Dua lagi PPS dibuka petang semalam iaitu PPS Surau Kampung Chendor menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga dan PPS Balai Raya Bukit Kuin 1 menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga,” katanya.

Beliau menambah, di Raub pula, tiga PPS masih kekal beroperasi yang menempatkan seramai 67 mangsa daripada 23 keluarga.

“PPS Dewan Kampung Pia yang dibuka pada Ahad lalu masih menempatkan 40 mangsa daripada 13 keluarga, PPS Balai Raya Kampung Ria (12 mangsa daripada lima keluarga) dan PPS Balai Raya Chenua kekal 15 mangsa daripada lima keluarga sejak dibuka semalam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Che Adam menjelaskan, Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia masih menunjukkan paras amaran berbahaya iaitu setinggi 11.59 meter manakala Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran menunjukkan paras amaran pertama (berjaga-jaga).

“13 batang sungai utama dan anak sungai di 11 buah daerah negeri juga ada trend meningkat dan meningkat berdekatan beberapa buah kampung pesisir menunjukkan paras waspada,” ujarnya.

Beliau berkata, hujan dan ribut petir dilaporkan berlaku pada sebelah petang dan malam hari ini sehingga esok manakala waktu pagi dan malam hari ini serta esok tiada berlaku hujan.

“Penduduk di pesisir Sungai Pahang dan sungai utama lain di 11 buah daerah negeri ini diminta perlu berwaspada serta kerap mendapatkan maklumat yang sahih tentang keadaan banjir daripada anggota APM yang bertugas dan pihak berkuasa beruniform lain pada setiap hari,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya