Dua penunggang motosikal maut bertembung sesama sendiri

Dua penunggang motosikal maut bertembung sesama sendiri

KEMALANGAN melibatkan dua buah motosikal di Jalan Rantau berdekatan simpang masuk Kampung Belangkan, Seremban pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditunggang mereka berlanggar antara satu sama lain di Jalan Rantau berdekatan simpang masuk Kampung Belangkan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.50 pagi itu dua mangsa lelaki berusia 23 dan 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 23 tahun sedang bergerak dari arah Kuala Sawah menuju ke arah Seremban seorang diri.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang ditunggang oleh mangsa hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah mosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang seorang lelaki berusia 26 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki manakala seorang lagi mangsa berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN