Dua lelaki positif syabu ditahan dalam operasi bersepadu JSPT NS - Utusan Malaysia

Dua lelaki positif syabu ditahan dalam operasi bersepadu JSPT NS

TIMBALAN Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Mohd. Rosli Ishak (kanan) membuat pemeriksaan Operasi Bersepadu JSPT Kontinjen Negeri Sembilan yang dijalankan di Kilometer 5, Jalan Seremban -Tampin, Seremban malam tadi.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua lelaki ditahan selepas masing-masing didapati positif dadah jenis syabu dalam Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Negeri Sembilan malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Polis Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kedua-dua lelaki warganegara tempatan dan asing itu ditahan ketika mereka melalui sekatan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Seremban -Tampin di sini.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kedua-duanya mendapati mereka positif dadah methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, seramai lima orang pegawai dan 20 orang anggota polis serta empat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat dalam operasi yang bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi itu

“Polis telah mengeluarkan sebanyak 58 saman manakala sebanyak 31 saman dikeluarkan pihak JPJ. Enam notis arahan pemeriksaan semula JPJ turut dikeluarkan,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya