Dua lelaki Mynamar larikan kanak-kanak perempuan di berkas polis

Dua lelaki Mynamar larikan kanak-kanak perempuan di berkas polis

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Dua lelaki Myanmar yang didakwa melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun diberkas polis di stesen bas Selising, Pasir Puteh dekat sini malam semalam.

Suspek berusia 17 dan 28 tahun itu dicekup pada pukul 9 malam selepas bertindak melarikan kanak-kanak berkenaan yang merupakan warga Myanmar dari rumahnya di Kampung Pengkalan Cina, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, siasatan mendapati, bapa kanak-kanak itu meninggalkan mangsa bersama adiknya yang berusia lapan tahun di rumah kira-kira pukul 7.30 malam kelmarin untuk pergi ke klinik.

Menurutnya, sebaik sahaja pulang ke rumah pada pukul 9 malam, lelaki berkenaan mendapati mangsa sudah tiada di rumah dan hanya tinggal adiknya seorang diri.

“Adik mangsa memaklumkan bahawa dua lelaki Myanmar telah datang mengambil kakaknya. Bapa mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Bachok kira-kira pukul 8.58 pagi semalam.

“Polis kemudian telah membuat serbuan ke rumah suspek selain menjalankan Op Tutup di sempadan melibatkan kawasan daerah Bachok dan Pasir Puteh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, pemeriksaan fizikal terhadap mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu mendapati kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Katanya, berdasarkan siasatan polis, mangsa mengaku telah mengikut suspek dengan kerelaannya selain mengaku remaja berusia 17 tahun yang bekerja sebagai buruh itu merupakan kekasihnya.

“Suspek yang berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai direman lima hari bermula hari ini manakala seorang lagi suspek ditahan selama empat hari di lokap Balai Polis Bachok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya