Bas terbalik dalam longkang, 31 selamat - Utusan Malaysia

Bas terbalik dalam longkang, 31 selamat

Remaja buat aksi wheelie tahan lepas ditahan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemalangan melibatkan bas ekspres yang membawa 31 penumpang di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) berhampiran dipercayai berpunca daripada hilang kawalan sebelum terbabas dan  terbalik ke dalam longkang. 

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima panggilan kecemasan  pada pukul 1.40 pagi.

Ketua IPD Gombak, Asisten Komisioner Mohamed Zainal Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati bas tersebut dipandu lelaki berusia 45 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, bas yang dipandu di lorong kiri hilang kawalan lalu terbabas ke longkang di sebelah kiri jalan sebelum terbalik.

“Akibat kejadian itu, dua penumpang iaitu seorang  wanita warga Thailand berumur 64 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan  Indonesia berumur 10 tahun cedera dan dibawa Hospital Sungai Buloh dan menerima rawatan di Zon Hijau. 

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera  parah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kata beliau, penumpang lain  dibawa ke TBS menaiki bas syarikat yang sama selepas dipastikan semua dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Shaifuddin Bin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau 03- 61262222,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya