Anwar, 221 ahli parlimen angkat sumpah di hadapan Speaker - Utusan Malaysia

Anwar, 221 ahli parlimen angkat sumpah di hadapan Speaker

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Yang di-Pertua Rakyat dipilih, persidangan diteruskan dengan majlis angkat sumpah oleh Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia diikuti dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kemudian, diteruskan dengan ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Giliran majlis angkat sumpah itu dimulai dengan ahli-ahli parlimen kerajaan, yang didahului barisan menteri dan timbalan menteri dan ahli parlimen daripada blok pembangkang.

Terdahulu, Johari dipilih sebagai Yang di-Pertua Rakyat dengan 147 undi setelah dinamakannya dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN