2,373 graduan MSU terima skrol

2,373 graduan MSU terima skrol

SEMUA universiti awam sentiasa mengemas kini kurikulum mereka bagi memastikan kebolehpasaran graduan masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seramai 2,373 graduan dari 117 program pengajian menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-30.

Ia berlangsung selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu melibatkan 19 graduan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (35), Sarjana Muda (1,580) dan Diploma seramai 739 orang.

Dalam program pengajian tersebut, Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE) dan Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) merupakan fakulti dengan bilangan program pengajian terbanyak iaitu 26 program pengajian di mana FBMP turut menyumbang kepada bilangan kohort terbesar iaitu seramai 714 graduan.

Selain itu, lima kategori anugerah khas kecemerlangan pula diberikan kepada 65 graduan bagi mengiktiraf pencapaian keseluruhan mereka dimana mereka menerima hadiah sumbangan Yayasan MSU berupa plak, wang tunai dan biasiswa bagi menyambung pengajian di MSU.

Turut hadir, Canselor MSU yang juga merupakan Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Begitu juga Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid; Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr. Junainah Abd Hamid serta pengurusan kanan universiti juga hadir dalam majlis tersebut.

Dalam perkembangan sama, Ijazah Doktor Kehormat dalam Fesyen (Honorary Doctorate in Fashion) dianugerahkan kepada ikon fesyen terkemuka negara Jepun, Presiden Ueda College of Fashion, Hitoshi Tajima.  

Beliau merupakan tokoh yang memberikan sumbangan signifikan kepada perkembangan fesyen antarabangsa samada dalam konteks pendidikan secara khasnya dan industri secara keseluruhannya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN