Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih - Utusan Malaysia

Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih

LA Anh Thu (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi didakwa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki tempatan.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya seorang  lelaki tempatan di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini, minggu lalu.

La Anh Thu, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret, Mohd. Firdaus Saleh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian ke atas, Lim Swee Shyong, 50.

Kesalahan itu dilakukan di Blok A Casa Prima, Jalan Bukit Delima 2, Taman Bukit Delima pukul 9 hingga 9.45 malam pada 21 November lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju kameja warna kuning kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula 26 Januari 2023 untuk serahan dokumen.

Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini pada  21 November lalu selepas berlaku pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki berusia 50 tahun itu ditemui kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah.

Sebaik tiba di lokasi terdapat seorang wanita di dalam rumah dalam keadaan panik dan kesedihan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.