[TIDAK RASMI] Rosol mendahului di Hulu Terengganu - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Rosol mendahului di Hulu Terengganu

malaysia mengundi pru15
Malaysia Mengundi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Calon  Perikatan Nasional (PN) sedang mendahului di kerusi Parlimen Hulu Terengganu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Setakat pukul 8.30 malam, keputusan tidak rasmi menyaksikan Datuk Rosol Wahid memperoleh 7,056 undi mengatasi tiga pencabarnya.

Calon Barisan Nasional(BN), Datuk Rozi Mamat memperoleh 5,614 undian, manakala Alias Ismail mewakili Pakatan Harapan (PH) peroleh 295 undi dan Mohd. Khadri Abdullah (Pejuang)  mendapat 31 undi. 

Parlimen  Hulu Terengganu mempunyai 87,917 orang pengundi berdaftar. 

Pada PRU14, kerusi Parlimen Hulu Terengganu dimenangi Rosol yang bertanding atas tiket BN dengan majoriti 2,868 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN