Polis siasat dakwaan hina azan di Manjung

Polis siasat dakwaan hina azan di Manjung

TANGKAP layar ciapan seorang pengguna Facebook yang menyentuh sensitiviti umat Islam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis membuka kertas siasatan terhadap ciapan dalam Facebook yang didakwa menghina laungan azan yang dilaungkan di sebuah masjid di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ciapan tersebut menyentuh sensitiviti dan kebebasan mengamalkan ajaran agama Islam. 

Menurut beliau, perbuatan tersebut juga boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima satu laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang semalam mengenai penularan satu ciapan dalam ruangan aplikasi Facebook mengenai penghinaan terhadap laungan azan di sebuah masjid dalam daerah Manjung.

“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘Jacky Chan’ yang memuat naik ciapan berkenaan.

Nor Omar menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan di kalangan masyarakat. 

Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Terdahulu, tular ciapan ditulis ‘Jacky Chan’ yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan laungan azan didakwanya terlalu kuat sehingga mengganggu dia tidur. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya