'PN bukan pengkhianat, tapi penyelamat'

‘PN bukan pengkhianat, tapi penyelamat’

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mendakwa mereka bukan pengkhianat seperti dilabel musuh politiknya, sebaliknya merupakan penyelamat sewaktu negara dilanda pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu berucap sempena Majlis Pengumuman Bakal Calon Perikatan Nasional (PN) di sini malam ini berkata, kepimpinan beliau selaku Perdana Menteri ke-9 mengambil langkah strategik demi mengelakkan ekonomi negara runtuh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya dalam ucapan tersebut, sewaktu menjadi PM, wakil Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ekonomi negara akan runtuh jika sektor ekonomi tidak dibuka dalam kadar segera.

Mengimbau pengalaman tersebut, beliau justeru berkata, kerajaan sewaktu itu bertindak secara berkesan dengan membuka semula pintu ekonomi, sekali gus mengelakkan krisis lebih buruk terutama dalam sektor ekonomi.

“Kerajaan yang mahu dibentuk haruslah kerajaan prihatin dan dapat memikul amanah, dan jawapannya adalah PN. Bukan mahu masuk bakul angkat sendiri, ini bukan hanya perkataan, tapi tindakan yang dibuktikan secara berkesan untuk membela rakyat jelata.

“Maknanya PRU15 ini untuk menentukan masa depan negara kita. Saya mahu peringatkan, sewaktu pandemik memuncak, BNM khususnya gabenor pernah berkata kepada saya. Dalam mesyuarat majlis tindakan ekonomi yang saya pimpin sebagai PM waktu itu.

“Tan Sri, kalau dalam tempoh sebulan lagi ekonomi negara tak dibuka, maka seluruh sistem ekonomi negara kita akan runtuh. Sekiranya kerajaan tak buka segera untuk ekonomi mula bergerak seperti dulu, jika dalam tempoh sebulan tak dibuka, maka seluruh sistem ekonomi negara akan runtuh.

“Ekonomi negara hari ini tak runtuh, ekonomi kita selamat pada hari ini adalah kerana tindakan berkesan yang kita ambil,” katanya.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, adalah tidak adil jika tindakan sebegitu menjadi justifikasi untuk PN dilabel pengkhianat, sedangkan mereka yang menyelematkan negara.

“Kita bukan pengkhianat, kita penyelamat negara. Ada orang kata kita pengkhianat, hanya kami tak bersama-sama dengan mereka dalam PH yang kita tahu melakukan banyak keburukan dan kesan besar kepada Melayu-Islam dan juga bukan Melayu.

Biar panggil kita pengkhianat, tapi kita bukan pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Kita penyelamat negara, tapi kerja kita masih tak selesai. Agar rakyat memberi kita mandat untuk tempoh lima tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya