PH yakin pertahan Parlimen Tampin - Utusan Malaysia

PH yakin pertahan Parlimen Tampin

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) ketika bertemu pengundi di Ladang Regent, Gemencheh, Tampin hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Pakatan Harapan (PH) yakin parti itu mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang hari pengundiannya berlangsung Sabtu ini.

Calon PH di kerusi itu, Muhammad Faiz Fadzil berkata, keyakinannya adalah berdasarkan penerimaan positif masyarakat di Parlimen Tampin terhadap selain mereka mahukan sebuah kerajaan stabil dan bersih.

Menurutnya, malahan masyarakat di Tampin juga memberikan sokongan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya diberikan mandat pada PRU15.

“Ini yang kami dapat rasakan, gelombang senyap pengundi berlaku di seluruh negara. Tidaklah saya kata terlalu yakin tetapi ada keyakinan kami boleh kekalkan kerusi ini. 

“Walaupun gelombang ini tak sebesar atau seriuh 2018, 2013 dan 2008, namun ia tetap dapat kami (PH) rasai. Mungkin ini adalah sikap rakyat Malaysia sekarang ini, insya-Allah, kami percaya penduduk Tampin cukup bijak menilai walaupun pada PRU15 ini pertandingan di Parlimen ini membabitkan empat penjuru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sesi bertemu pengundi di Ladang Regent, Gemencheh, di sini, hari ini.

Pada PRU15 ini, Muhammad Faiz dicabar Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Isam Mohd Isa; calon Perikatan Nasional (PN), Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar dan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Zamani Ibrahim.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi Parlimen Tampin dimenangi PH menerusi Datuk Dr. Hasan Baharom dengan majoriti  sebanyak 1,002 undi.

Beliau apabila mendapat undian sebanyak 22,435 berbanding BN yang diwakili Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang memperoleh 21,433 undi manakala Pas yang ditandingi oleh Abdul Halim mendapat undian sebanyak 4,598.

Sementara, Muhammad Faiz menegaskan, sekiranya diberikan mandat oleh pengundi, beliau akan memperjuangkan pelbagai isu penduduk di Tampin antaranya membabitkan infrastruktur awam dan jalan-jalan kampung.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya