PETALING JAYA: Lebih 10 kerusi Parlimen bakal menyaksikan pertembungan yang tidak disangka melibatkan nama-nama besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pertembungan kali ini melibatkan calon-calon Perdana Menteri, Menteri Besar dan beberapa orang bekas menteri dan timbalan menteri serta pemimpin tertinggi parti masing-masing. Antara kerusi yang paling menjadi tumpuan dalam PRU kali ini ialah Parlimen Tambun yang menyaksikan pertembungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyandang kerusi, Datuk Seri Ahmad…










