Penjawat awam diberi cuti khas, gaji awal

Penjawat awam diberi cuti khas, gaji awal

ISMAIL Sabri Yaakob beramah mesra dengan penduduk Kampung Bohor Baru, Bera, Pahang dalam majlis kenduri kampung, semalam. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Penjawat awam mungkin diberikan cuti khas dan bayaran gaji awal sebagai inisiatif bagi membolehkan mereka dapat pu­lang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah memikirkan pelbagai inisiatif bagi memberikan kemudahan kepada pengundi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita kaji kemudahan kepada pengundi dari mula bubar Parlimen dan sudah bincang perkara itu cuma masa, insya-Allah ada pengumuman, mungkin banyak lagi.

“Kita tunggulah jika ada pengumuman daripada saya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Kenduri Kampung bersama penduduk Kampung Bohor Baru, di sini semalam.

Beliau mengulas masalah pengundi untuk pulang ke kampung mengundi serta kekangan kewangan apabila gaji belum diterima sebelum tarikh pengundian.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura terutama mereka yang berasal dari negeri-negeri di pantai timur dan utara tanah air dijangka tidak pulang untuk mengundi pada PRU15.

Alasan yang diberikan, kekangan kerja seperti tidak dapat cuti selain faktor kewangan serta tempoh masa melibatkan perjalanan yang jauh dengan cuti singkat hanya sehari.

Berdasarkan rekod terdapat kira-kira 300,000 rakyat Malaysia kini bekerja di Singapura de­ngan sebahagian mereka adalah rakyat Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya