Pantai pelancongan Masjid Tanah lengang

Pantai pelancongan Masjid Tanah lengang

NUR SYUHADA Md. Saleh menambah bekalan pastri selepas gerainya di Pantai Telok Gong di Masjid Tanah, Melaka mencatatkan peningkatan jualan pada hari pengundian. - UTUSAN/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kawasan pantai pelancongan di sekitar Masjid Tanah dekat sini lengang dan tidak meriah seperti kebiasaannya selepas orang ramai memanfaatkan cuti kelepasan am yang diberikan kerajaan untuk mengundi.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Pantai Pengkalan Balak dan Telok Gong mendapati, rata-rata pengunjung yang datang beriadah adalah masyarakat setempat selain beberapa premis perniagaan di sepanjang pantai ditutup.

Seorang penyelia aktiviti air, Saiful Shahrul Nizam Karim, 39, berkata, setakat pukul 3 petang semalam, dia masih belum mendapat pelanggan sejak memulakan perniagaan pukul 8.30 pagi.

Menurutnya, sejak awal bulan ini kehadiran pengunjung ke pantai agak merosot disebabkan cuaca yang sering hujan dan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Hujan renyai pada sebelah pagi dan mendung menyebabkan orang ramai tidak mahu keluar untuk beriadah. Biasanya, saya dapat empat trip sehari pada cuti hujung minggu, tetapi, setakat ini masih belum ada lagi pelanggan yang mahu melakukan aktiviti rekreasi air.

“Kalau lihat di sepanjang pantai ini pun, suasananya sangat lengang, tiada kesesakan kenderaan masuk ke Jalan Pengkalan Balak-Padang Kemunting manakala chalet pun masih banyak bilik yang kosong.

“Saya memang sudah jangka keadaan ini berlaku ketika musim pilihan raya. Tapi, saya yakin orang ramai akan mula berkunjung ke pantai pada waktu petang setelah selesai membuang undi,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, peniaga, Nur Syuhada Md. Saleh, 32, berkata, bagaimanapun dia mengalami nasib berbeza kerana ramai pelanggan yang singgah untuk membeli produk pastrinya.

Katanya, keadaan ini jauh berbeza pada hari Sabtu minggu sebelumnya yang mana jualan agak perlahan.

“Biasanya jualan pada hari Ahad paling laju, tidak sangka pula hari ini jualannya agak baik. Jadi saya bawa lebih sedikit beberapa produk yang mendapat permintaan tinggi.

“Kebanyakan pelanggan saya adalah masyarakat setempat yang singgah selepas mengundi. Saya dapat mengenali mereka kerana ada kesan dakwat pada jari”, katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.