LRT tidak beroperasi: Jalan sesak, Prasarana mohon maaf  - Utusan Malaysia

LRT tidak beroperasi: Jalan sesak, Prasarana mohon maaf 

Prasarana memohon maaf masalah LRT Laluan Kelana Jaya yang dihentikan operasi selama sehingga seminggu bagi membaiki kerosakan dihadapi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memohon maaf kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sehingga  16 stesen perkhidmatan itu tidak boleh  beroperasi sehingga 15 November depan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, stesen LRT di antara Stesen Kelana Jaya sehingga stesen Ampang Park ditutup bagi mencari penyelesaian penuh kepada masalah sistem kawalan tren automatik (ATC) yang tidak stabil. 

Bagaimanapun, beliau juga mengakui, terdapat beberapa komponen ATC dan tren yang hampir mencapai tempoh jangka hayat.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati terdapat gangguan pada komponen ATC yang menyebabkan kehilangan signal antara pusat kawalan dengan tren menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik.

“Ini adalah masalah serius yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami masih menyiasat punca sebenar gangguan ini.

“Pihak Rapid Rail dibantu oleh pasukan khas pihak pengilang asal OEM dari Toronto, Kanada akan mencari penyelesaian jangka panjang dan pendek merangkumi ujian ke atas peranti dan perisian sedia ada,” katanya pada sidang akhbar secara atas talian, hari ini. 

Terdahulu, sebanyak 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya ditutup bermula hari ini selama tujuh hari sehingga Selasa depan. 

Gangguan perkhidmatan LRT itu melibatkan stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Abdullah Hukum dan Bangsar.

Stesen KL Sentral, Pasar Seni Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC, dan Ampang Park.

Susulan masalah itu, hampir semua laluan masuk ke ibu negara pagi ini sesak kerana orang ramai terpaksa memandu kereta ke tempat kerja.

Netizen menerusi media sosial meluahkan kekesalan dengan masalah LRT yang kerap mengganggu perjalanan harian mereka  untuk menyelesaikan urusan harian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.