Lelaki tumbuk emak kerana tidak kemas rumah - Utusan Malaysia

Lelaki tumbuk emak kerana tidak kemas rumah

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki tergamak menumbuk dan memijak emaknya kerana berang wanita itu tidak mengemas rumahnya di Sungai Way di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 44 tahun cedera di muka dan badan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan pada pukul 2.40 petang kelmarin.

Kata beliau, siasatan mendapati wanita berkenaan dipukul anaknya yang berusia 19 tahun.

“Semasa kejadian, suspek bertindak mengunci pintu hadapan rumah sebelum membaling barang-barang perhiasan ke arah mangsa.

“Suspek kemudian menumbuk muka serta memijak bahagian dada kiri mangsa menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan pada muka dan badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, suspek ditahan di Kampung Lindungan di sini, kira-kira pukul 7.30 malam, semalam.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkait kes jenayah dan ujian saringan air kencing ke atasnya didapati negatif dadah.

“Dalam soal siasat awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan dia kini direman empat hari bermula hari ini sehingga 5 November untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Tambah beliau, kejadian itu bukan yang perlakuan pertama suspek ke atas ibunya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN