Lelaki sebar hasutan terhadap Agong dicekup

Lelaki sebar hasutan terhadap Agong dicekup

ARJUNAIDI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki diberkas selepas memuat naik video berunsur hasutan berkaitan membantah kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan calon Perdana Menteri baharu.

Lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di sekitar Kajang, kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada seorang individu di Ampang, kelmarin.

Kata beliau, pengadu tidak berpuas hati melihat satu video berdurasi 15 saat yang telah dimuat naik seorang pemilik akaun Instagram .

“Hasil penelitian video itu mendapati individu berkenaan tidak berpuas hati atas kenyataan Yang di-Pertuan Agong dalam pemilihan Perdana Menteri.

“Selain itu, dia melabelkan salah satu kaum sebagai korupsi dan menghasut orang ramai membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Arjunaidi, suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Kebenaran reman itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 ( 1 ) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi undang-undang dan menghormati prinsip Rukun Negara dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

“Selain itu, polis tidak akan berkompromi dengan pihak yang didapati cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara .

“Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.