Lebih 8,000 tentera, pasangan di TLDM Lumut mengundi awal

Lebih 8,000 tentera, pasangan di TLDM Lumut mengundi awal

ANGGOTA tentera di Pangkalan TLDM Lumut menunaikan tanggungjawab mengundi awal hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seramai 8,327 anggota tentera dan pasangan masing-masing di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) layak mengundi dalam pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.

Sebanyak 18 saluran pengundian disediakan di tiga pusat mengundi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan TLDM dan SK Pangkalan TLDM 2 Lumut bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang ini.

Pengundian awal ini melibatkan Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Kamaruddin Omar antara yang terawal hadir di SMK Pangkalan TLDM dan selesai mengundi pada pukul 9.40 pagi.

Turut mengundi hari ini ialah Panglima Pasukan Khas Laut (Paskal), Laksamana Pertama Datuk Mohd Redzuan Talib dan Komander Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Noor Zukhi Harun. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya