PETALING JAYA: Kempen minggu pertama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejak hari penamaan calon Sabtu lalu dingin tanpa isu-isu yang lebih penting melibatkan misi negara, sebaliknya hangat dengan serangan peribadi dan menjadi pentas menjawab tuduhan. Selepas enam hari bertemu pengundi, naratif parti-parti politik masih berlegar tentang isu lama antaranya tentang calon Perdana Menteri, pengkhianat, boneka komunis serta salah guna kuasa. Malah, tiga gabungan besar melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan…