Itu bukan suara saya -Syed Mohd. Fazmi

Itu bukan suara saya -Syed Mohd. Fazmi

SYED Mohd. Fazmi Sayid Mohammad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Mohd. Fazmi Sayid Mohammad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rakaman audio tular berkenaan menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suara miliknya.

Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara dirinya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd. Sharif.

“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik.

“Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Kesembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu, tular sebuah rakaman audio kononnya Syed Mohd. Fazmi mendesak Mohd. Salim supaya bersama-sama beliau untuk membunuh kredibiliti Najib.

Melalui rakaman audio itu, Mohd. Salim bersetuju dengan perancangan itu yang menyatakan bahawa dalam apa keadaan sekalipun, Najib mesti dipenjarakan.

Mengulas lanjut, Syed Mohd. Fazmi berkata, isu berkenaan juga adalah konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan Ismail Sabri.

Katanya lagi, beliau turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman tersebut adalah satu fitnah jahat.

Jelasnya lagi, beliau berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.